PENGENALAN KONSEP BILIK PPDa
Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPDa) adalah merupakan “one stop center” yang menyediakan satu pusat
akses maklumat pendidikan pencegahan dadah yang lengkap kepada murid-murid,
guru, ibu bapa dan komuniti setempat.
Maklumat dan bahan-bahan berkaitan
PPDa dalam pelbagai medium boleh meningkatkan lagi pengetahuan murid khususnya
tentang bahaya penggunaan dadah, rokok, inhalan dan juga gejala sosial lainya.
Malah apa sahaja maklumat yang mempunyai hubungkait dengan masalah penggunaan
dadah boleh dimuatkan bagi menambah nilai maklumat yang sedia ada.
Bilik sumber PPDa sekolah
dicadangkan diwujudkan di setiap sekolah terutamanya bagi sekolah-sekolah yang
berada di persekitaran yang berisiko tinggi. Bagi sekolah-sekolah yang tidak
dapat menyediakan sebuah bilik untuk tujuan tersebut, boleh mewujudkan sudut
PPDa seperti menggunakan sudut-sudut di bawah tangga bangunan, dinding atau
lorong di dalam bangunan, sudut di dalam bilik kaunseling, bilik displin, bilik
kesihatan /rawatan atau tempat-tempat lain yang difikirkan sesuai.
Secara umumnya, Bilik Sumber PPDa
Sekolah bukan sahaja sebagai pusat untuk mengakses maklumat berkaitan PPDa,
malah merupakan pusat operasi atau bilik gerakan kepada JK PPDa di sesebuah
sekolah. Bilik Sumber PPDa dapat memberikan impak yang lebih besar kepada
perancangan dan pelaksanaan program PPDa di sebuah melalui empat strategi utama
iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum,kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
Ia juga boleh digunakan sebagai tempat membangunkan karekter murid khususnya
bagi melahirkan murid-murid yang memiliki minda dan sikap antidadah.
RASIONAL
Dapatan kajian (NIDA : 2000)
menunjukkan bahawa sekolah institusi terbaik bagi memberikan pendidikan
pencegahan awalan. Sementara itu,pendekatan interaktif, program yang bersifat
jangka panjang dan ada pengukuhan didapati lebih memberikan kesan kepada
murid-murid.
Oleh itu,Bilik Sumber PPDa Sekolah
dilihat sebagai pemangkin dan sangat wajar diwujudkan di setiap sekolah bagi
memudahkan pihak sekolah menyebar bahan dan maklumat PPDa secara interaktif,
sistematik dan efektif disamping dapat diakses dengan mudah oleh murid-murid,
guru dan masyarakat sekitarnya.
MATLAMAT
Bilik Sumber PPDa diwujudkan untuk
menyediakan satu pusat sumber maklumat lengkap berkaitan pendidikan
pencegahan dadah yang boleh diakses oleh murid, guru dan juga ibu bapa dalam
usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran membanteras penggunaan dadah ke
arah merealisasikan hasrat melahirkan Sekolah Bebas Dadah.
OBJEKTIF
1. Menyediakan satu pusat akses
maklumat lengkap berkaitan
Pendidikan Pencegahan Dadah di
sekolah-sekolah.
2. Meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran pendidikan pencegahan
dadah di kalangan murid secara lebih
sistematik dan berkesan.
3. Menjadi bilik gerakan kepada
perancangan dan pelaksanaan
program Pendidikan Pencegahan Dadah
di sekolah.
4. Menjadi tempat interaksi
murid-murid dalam usaha membangunkan
karektor murid cemerlang.