Sunday 15 July 2018

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV DAN AIDS

HIV dan AIDS merupakan masalah sosial yang melanda seluruh dunia. Sejak kes AIDS pertama dikesan pada tahun 1981 di Amerika Syarikat, jumlah jangkitan HIV dan pesakit AIDS yang dilaporkan di seluruh dunia melalui pemantauan WHO telah meningkat ke 49 juta orang pada akhir tahun 2003.

Kes HIV pertama di Malaysia telah dilaporkan pada tahun 1986 dan meningkat kepada 73, 427 kes pada bulan Jun 2006. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk mencegah HIV menyukarkan lagi usaha untuk mengawal AIDS. Tambahan pulajangkitan HIV berkait rapat dengan tingkah laku dan cara hidup individu. Hal ini amat sensitif dan bersifat peribadi.

HIV ialah Human Immunodeficiency Virus iaitu virus yang menyebabkan AIDS.
AIDS ialah Acquired Immune Deficiency Syndrome atau sindrom kurang daya tahan penyakit.
HIV menyerang sistem daya tahan tubuh dan melumpuhkan sistem ketahanan tubuh untuk melawan penyakit.

HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh dipindahkan melalui bendalir tubuh daripada individu yang telah dijangkiti ke dalam tubuh individu yang belum dijangkiti. tahap jangkitan HIV adalah tinggi dalam bendalir tubuh seperti :
- darah
- cecair seminal/ air mani (dan juga air mazi)
- rembesan faraj
- susu ibu.

tahap HIV adalah rendah dalam bendalir tubuh seperti "
- air mata
- air liur
- peluh
- air kencing

Friday 13 July 2018

anda kenal flakka????

TIDAK ramai mengetahui di luar sana wujud sejenis dadah baharu, Flakka atau alpha-Pyrrolidinopentiophenone yang mendatangkan bahaya umat manusia.
Dikenali sebagai Flakka atau ‘dadah zombie’, Flakka yang  kini telah merebak di beberapa negara besar telah mencetuskan huru hara di kalangan kehidupan masyarakat di sana.
Memetik daripada video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, dadah ini boleh membuat penagihnya memberi tindak balas agresif yang luar biasa.
Kebanyakan penagih akan meronta, menjerit, malah turut mencederakan diri sendiri  ketika dadah ini ‘merasuk’ dan mempengaruhi mereka.
Malah terdapat kes di mana seorang penagih dadah Flakka merempuh kereta yang sedang bergerak, menyebabkan kecederaan kepada dirinya sendiri dan pemandu di dalam kenderaan tersebut.
Penagih dadah zombie ini juga mempunyai kecenderungan untuk mencederakan orang di sekelilingnya.
Kebanyakan daripada mereka akan hilang kawalan diri dan menyerang individu yang paling hampir dengannya.
Menurut pandangan Ahli Epidemiologi dan Penyalahgunaan Dadah di Nova Southeastern University, Fort Lauderdale, Florida, Jim Hall, dadah sintetik ini telah diharamkan sejak 2012 kerana dosnya yang terlalu susah untuk dikawal dan ditentukan.
“Terlalu susah untuk menentukan dos dadah Flakka yang sebenar. Hanya dengan sedikit perbezaan dalam dos yang menentukan sama ada pengguna dadah ini boleh khayal atau mati.
“Jika pengguna mengambil dos berlebihan dari kadar sebenar, pengguna dadah jenis ini hilang kawalan diri dan bertukar menjadi agresif,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan menyeluruh CNN.com ke atas dadah berbahaya ini.
Menurut Hall lagi, suhu tubuh badan pengguna atau penagih dadah Flakka ini akan meningkat kepada 105 darjah celsius, selain menyebabkan mereka mengalami paranoia yang teruk.
Menurut Hall lagi, kesan ke atas penagih dadah jenis Flakka ini tidak akan hilang dan kebiasaannya akan berkekalan, biarpun pengguna tidak lagi mengambil dadah tersebut.
Penggunaan dadah ini secara berterusan akan menyebabkan kerosakan teruk pada buah pinggang dan otot.


Sunday 8 July 2018

rehearsal choral speaking

owesome =)

Barisan skuad PPDa SMK Jengka 6 bersama Pn. Hazora Binti Ismail (Pengetua) dan En. Sharil Aznan Bin Mansor (GPK HEM)


Monday 2 July 2018

malam kebudayaan perkhemahan bersepadu unit beruniform 2018 part 2

antara persembahan menarik daripada unit pengakap dan unit kadet polis....
persembahan malam kebudayaan ni bertemakan "DADAH"


Sunday 1 July 2018

majlis penutup perkhemahan bersepadu unit beruniform 2018


kemeriahan selepas selesai sahaja majlis penutup perkhemahan bersepadu unit beruniform 2018. perkhemahan bersepadu ini dijalankan pada 29 jun sehingga 1 julai 2018.
line slow sikit ni...jap lagi kita upload video persembahan masa malam kebudayaan ye =)