Sunday 3 June 2018

anugerah peratus kehadiran tertinggi Mei 2018

 tahniah kelas 5 Amanah..peratus kehadiran tertinggi kategori menengah atas. 98.75%


TAHNIAH kelas 3 Amanah...mencatatkan peratus tertinggi bagi bulan Mei..99.14%...harapnya bulan depan lagi tinggi ye anak2

senyum semua ek dapat duit raya

alhamdulillah...GPK HEM bermurah hati untuk memberi duit raya kepada semua ahli kelas 3 Amanah 


SAMBUTAN HARI GURU 2018

Hari ni nak throwback sikit pasal sambutan hari guru peringkat SMK Jengka 6 2018. kali ni agak special sbb tema pakaian cetusan idea daripada pengetua sendiri =)...walaupun sambutan secara sederhana tapi ttp meriah tau...cik min tak nak bebel byk..biarla gambar je yang berbicara.














tu baru sebahagian gambar je..byk sgt koleksi gambarnya..hihihi...sebelum majlis sambutan hari guru dijalankan, telah diadakan pelancaran program "Istiqamah ke Masjid" anjuran unit Bina Insan.
selesai majlis pelancaran program, semua guru, tetamu dan murid SMK Jengka 6 bersiap sedia untuk solat Dhuha, solat hajat dan bacaan Yassin..Alhamdulillah, program solat sunat hajat, solat dhuha dan bacaan Yassin akan diteruskan pada setiap hari jumaat awal bulan.
selesai solat, maka bermula la majlis...semua guru masuk ke dewan dengan costume masing2..ada yang jd mok cun, puteri buluh betong, zorro, dracula...ops lupa nk bgtau..tema pakaiannya "watak dalam movie".. tu yg ada zorro, abg bomba..tok adi pn ada tau...keseronokan sambutan hari guru ni part tukar2 hadiah la =)..cukupla kot kita cerita pasal sambutan hari guru..tahun depan kita cerita lg =)

Saturday 2 June 2018

KAYUHAN CAKNA PART 2

maaf ye semua..lambat pula update program kayuhan cakna tu...Alhamdulillah..program berjalan lancar dan sambutan agak menggalakkan. hampir 150 orang peserta menyertai kayuhan tersebut. terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung =)

JOM...KITA CUCI MATA