Wednesday 15 August 2018

SMK JENGKA 6 MENUJU PUNCAK

alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi...bulan ni byk kejayaan yang dikecapi oleh warga SMK Jengka 6...8 ogos lalu Bilik Sumber PPDa SMK Jengka 6 secara rasminya telah dinobatkan sebagai johan pertandingan bilik sumber peringkat negeri Pahang dan akan mewakili ke peringkat kebangsaan.

Hari ini...16 Ogos...2 org pelajar SMK Jengka 6 telah merangkul naib johan Kejohanan Petanque Double Jemputan peringkat Kebangsaan 2018.

tahniah Amira dan Diana...tahun depan "join" lagi dan dapatkan johan ye =)

doakan kejayaan bilik sumber kami di peringkat kebangsaan ye...jumpa lg di entry seterusnya

Tuesday 14 August 2018

Manusia semakin gila dan hilang akal

Bapa tetak anak kandung berusia 5 tahun

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Seorang bapa sanggup bertindak kejam apabila menetak anak kandungnya berusia lima tahun yang sedang tidur dalam kejadian di sebuah Flat di Puchong Permai, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, suspek berusia 35 tahun dikatakan menetak tiga kali dibahagian kepala dan pergelangan tangan kanan anaknya itu sehingga maut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu selepas menerima maklumat mengatakan terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat flat tersebut.

Ujarnya, bagaimanapun, siasatan di lokasi mendapati kanak-kanak terbabit ditetak bapa kandungnya yang juga peminum tegar ketum.

"Bapa mangsa kemudian ditahan di lokasi kejadian dan ujian air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis syabu.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa hanya tinggal berdua bersama bapanya di rumah dan pemeriksaan lanjut turut menemukan parang di dalam kediaman itu," katanya, hari ini.

Tambah Azlin, hasil soal siasat ke atas suspek, lelaki terbabit mendakwa mendengar suara ghaib yang menyuruh membunuh anaknya.

Jelasnya, sebaik sahaja suspek menetak anaknya, kanak-kanak terbabit diletakkan di hadapan rumahnya manakala suspek mengurungkan diri dalam kediamannya.

"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai kes lampau berkaitan dadah dan siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Setakat ini kes dianggap selesai," ujarny. - UTUSAN ONLINE

Wednesday 1 August 2018

Penilaian Pertandingan Penarafan Bintang Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri Pahang

Alhamdulillah..penilaian untuk pertandingan penarafan bintang bilik sumber ppda peringkat negeri Pahang telah selesai pada hari semalam (01 Ogos 2018). Doakan supaya bilik sumber kita layak ke peringkat kebangsaan. selesai je penilaian, post mortem terus dilakukan untuk proses menambah baik bilik sumber dan laman terapi minda PPDa