Friday 27 April 2018

Kejohanan Olahraga SMKJ6 ke-34



entry kali ni cik min nak throwback pasal Kejohanan Olahraga SMKJ6 ke-34.
tahun ni istimewa sikit sebab hari sukan sekolah cik min ni bertema.. temanya KAMI BENCI DADAH...bagus betul temanyakn...hihihi

Jom kita cuci mata sikit..tengok gambar2 yang ada...hari sukan ni diadakan 28 Feb lalu...hahaha..lama dah berlangsungnya..tapi cik min baru nak masukkan dalam blog ni..kesiankan..
khemah rumah kuning...penuh belon2

xtau nak buat caption apa untuk gambar ni...korang tengok je la ye =)

orang penting dalam menjayakan hari sukan ni...CIKGU BOND =)

khemah rumah merah lagi meriah...siap ada red carpet..patutla boleh JOHAN kali ni

depan khemah rumah hijau siap ada pokok..isk2..kreatif masing2

cikgu2 muda yang sentiasa bersemangat biru..hehehe

KAYUHAN CAKNA 1 KOMUNITI BENCI DADAH PART 1

seminggu dua ni cikgu2 sekolah sibuk dengan persiapan program "Kayuhan Cakna 1 Komuniti Benci Dadah" yang akan diadakan isnin depan. Ada yang sibuk mencari sumbangan, menguruskan hadiah untuk cabutan bertuah, membuat promosi dan lain2la...

Asalnya program ni anjuran unit PPDa sekolah je untuk membuat hebahan misi dan visi PPDa SMKJ6 ke komuniti sekitar. Tapi sekarang dah berubah. Program ni dah jadi program peringkat daerah.

harapnya program yang dirancang ini akan berjalan lancar..minggu depan cik min post entry part 2 ye =)

Thursday 26 April 2018

PANTUN : KESAN DADAH

Jelapang padi diberi nama,
negeri makmur dalam negara,
hindarilah dadah musuh utama,
tanpa dadah keluarga sejahatera.

Pergi memancing di Kuala Kedah,
Makan siakap tiga rasa,
Jika hidup berabdi dadah,
Diri menderita keluuarga terseksa.

Dari Langkawi ke Tanjung Bendahara,
Singgah sebentar di Kampung Sena,
Hilang keluarga hilang saudara,
Kerana dadah jiwa merana.

Pohon jati dahannya rendah,
Tempat berteduh si anak dara,
Sekolah dijulang tanpa dadah,
Terbilang bangsa maju negara.

Sayangkan ibu sayangkan ayah,
Hidup selamat sentiasa berkat,
Tanpa dadah sifar jenayah,
Komuniti sihat hidup muafakat.