Sunday 15 July 2018

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV DAN AIDS

HIV dan AIDS merupakan masalah sosial yang melanda seluruh dunia. Sejak kes AIDS pertama dikesan pada tahun 1981 di Amerika Syarikat, jumlah jangkitan HIV dan pesakit AIDS yang dilaporkan di seluruh dunia melalui pemantauan WHO telah meningkat ke 49 juta orang pada akhir tahun 2003.

Kes HIV pertama di Malaysia telah dilaporkan pada tahun 1986 dan meningkat kepada 73, 427 kes pada bulan Jun 2006. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk mencegah HIV menyukarkan lagi usaha untuk mengawal AIDS. Tambahan pulajangkitan HIV berkait rapat dengan tingkah laku dan cara hidup individu. Hal ini amat sensitif dan bersifat peribadi.

HIV ialah Human Immunodeficiency Virus iaitu virus yang menyebabkan AIDS.
AIDS ialah Acquired Immune Deficiency Syndrome atau sindrom kurang daya tahan penyakit.
HIV menyerang sistem daya tahan tubuh dan melumpuhkan sistem ketahanan tubuh untuk melawan penyakit.

HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh dipindahkan melalui bendalir tubuh daripada individu yang telah dijangkiti ke dalam tubuh individu yang belum dijangkiti. tahap jangkitan HIV adalah tinggi dalam bendalir tubuh seperti :
- darah
- cecair seminal/ air mani (dan juga air mazi)
- rembesan faraj
- susu ibu.

tahap HIV adalah rendah dalam bendalir tubuh seperti "
- air mata
- air liur
- peluh
- air kencing

No comments:

Post a Comment